DAtuk MOkhzani
Mahathir
Datuk
Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di
University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan,
sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan sebuah
syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang
Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya syarikat
Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012
menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider
terbesar negara.Beliau bermula kerja sebagai ‘wellsite operations engineer’ di
Sarawak Shell Berhad. Sehubung dengan itu ‘wellsite operation engineer’ adalah
kerja yang sukar kerana beliau terpaksa bekerja di tengah-tengah lautan,
SEJARAH
PENUBUHAN PERNIAGAAN
Kencana
Petroleum bertapak sejak 25 tahun yang lalu. Encik Chong Hin Loon merupakan
individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan syarikat ini. Sewaktu itu,
Kencana Petroleum dikenal sebagai Syarikat HL Engineering yang menawarkan
perkhidmatan pembuatan. Sekitar tahun 2001, Hin Loon mula mengorak langkah
dengan membeli tanah di Pelabuhan Industri di Lumut, Perak yang bertujuan
memajukan dan mengembangkan perniagaannya.
Ketika
itu, perniagaan yang saya terajui mengalami masalah dan selaku pemegang saham
utama syarikat, saya menjual semua saham di Tongkah Holdings dan Pantai
Medicare Centre. Keadaan yang berlaku telah merunsingkan fikiran saya. Saya
berusaha memikirkan jalan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan dan
perniagaan yang saya inginkan. Sewaktu itu, Encik Hin Loon sedang mencari rakan
niaga bumiputera yang berkemahiran dalam bidang petroleum untuk bersama-sama
mengusahakan perniagaan tersebut.
Melalui
beberapa rakan rapat, saya diperkenalkan dengan Encik Hin Loon. Saya yang
berkelulusan Sarjana Kejuruteraan Petroleum bersetuju untuk bekerjasama dengan
beliau. Memang menjadi satu kebetulan. Hal ini demikian kerana, sejak tahun
1989, semasa saya mengambil alih sesebuah syarikat, pastinya syarikat tersebut
bukannya datang daripada bumiputera dan secara kebetulan juga berlaku dalam
syarikat ini.
Penguasaan
saham sebanyak 60 peratus dalam syarikat Kencana telah membawa saya sebagai
pemegang syer terbesar dalam syarikat tersebut. Kencana Petroleum mula
mengembangkan syarikatnya pada tahun 2001. Ketika itu, industri petroleum tidak
secerah kini, harga minyak ketika itu sekitar AS$22 setong. Atas usaha dan
keyakinan yang tinggi untuk berjaya dalam perniagaan serta semangat yang cekal
dan gigih, akhirnya kami berjaya diiktiraf oleh Petronas sebagai sebuah
syarikat Minor mengikut perlesenan Petronas.
Dengan
lesen tersebut, kami diberi kepercayaan sepenuhnya oleh syarikat Murphy Oil
yang berpangkalan di luar negara untuk membina struktur pelantar laut. Hal ini
menjadi bukti yang menunjukkan kami mampu dan berkebolehan dari segi teknikal,
kepakaran dan kemahiran pekerja serta kewangan yang mencukupi untuk
mengendalikan projek besar.
Semenjak
itu, kami sentiasa diberi kepercayaan oleh Petronas untuk mengendalikan projek
yang besar di dalam dan luar negara. Peluang perniagaan sentiasa kami terokai,
antaranya termasuklah mengikut Petronas ke Sudan. Walaupun ketika itu kami
mengalami pengalaman yang sukar serta tidak begitu mendatangkan keuntungan
kepada syarikat, kami berbangga kerana mampu membina satu projek besar yang
merupakan satu pengalaman yang sangat berharga.
CABARAN
UTAMA YANG DIHADAPI
Cabaran
utama bukanlah datang melalui persaingan antara syarikat semata-mata. Memanglah
persaingan merupakan cabaran yang besar, misalnya, antara tujuh pemain utama di
Malaysia, mungkin tiga yang lebih kurang sama perkhidmatannya dengan Kencana,
iaitu Sime Darby, MIAC dan MMHE. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain yang
amat membimbangkan serta menjadi satu ancaman kepada industri ini dan hal ini
sebenarnya perlu dipandang serius oleh semua pihak, iaitu mencari pekerja mahir
dalam bidang ini.
Hal ini
juga merupakan isu yang sangat besar diperkatakan ketika ini. Pengalaman
Kencana sendiri, kami pernah menerima teguran daripada Petronas supaya tidak
cuba “memancing” pekerja mahir syarikat lain dengan menawarkan gaji yang lebih
tinggi, kemudahan lain, atau sebagainya. Keadaan ini akan melemahkan sesebuah
syarikat dan kami tidak akan dikatakan sebagai pesaing yang baik.
Sebenarnya,
Malaysia memang mempunyai pekerja yang mahir dalam industri ini, tetapi kerana
gaji yang agak kurang lumayan berbanding dengan di luar negara, menyebabkan
kami semakin sukar mencari pekerja mahir. Kebanyakan pekerja mahir di Malaysia
lebih berminat bekerja di Timur Tengah. Mereka dibayar upah yang berlipat ganda
berbanding dengan di Malaysia, walaupun terpaksa melakukan kerja yang berat.
Misalnya, di Qatar, kami tidak perlu hairan apabila melihat majoriti pekerja
dalam industri petroleum di sana ialah rakyat Malaysia dan mereka selesa
berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Industri
ini tidak banyak pesaingnya dan menyebabkan pekerja mahir ini mudah mengetahui
syarikat yang bakal memperoleh kontrak yang tinggi. Melalui pemerhatian
tersebut, pekerja mahir ini akan melobi diri untuk bekerja dengan harga yang
tinggi. Hal ini merupakan suatu situasi yang tidak sihat untuk industri. Terdapat
juga syarikat besar yang melakukan pemindahan pekerja mahir dan teknologi untuk
mengurangkan ketandusan kepakaran.
Hal ini
merupakan suatu langkah yang dilihat sangat positif dan perkara ini telah
diajukan kepada Petronas. Hasilnya, pertemuan tersebut melegakan syarikat
petroleum di Malaysia apabila Petronas menjanjikan bahawa mereka sedang
menumpukan perhatian pada program latihan dan merekrut pekerja untuk bekerja
dalam industri ini yang menjanjikan gaji yang lumayan. Perkara ini sejajar dengan
rancangan kerajaan yang menumpukan pembangunan modal insan yang berdaya saing
dan mempunyai kepakaran.
perkembangan
petroleum dunia ketika ini?
Pertama
kalinya, saya ingin menegaskan di sini bahawa kestabilan harga dan produksi itu
merupakan perkara yang berbeza. Kestabilan harga banyak bergantung pada isu
politik, misalnya isu di Amerika, Iraq, dan sebagainya. Hal ini memang tidak
dapat dikawal dan di luar jangkaan semasa. Namun begitu, dari segi produksi dan
mencari gali minyak, perkembangannya masih cerah. Terdapat beberapa kawasan
yang masih belum dieksploitasi dan sekarang menunjukkan simpanan minyak dan gas
itu agak besar.
Ketika
ini, kedengaran berita yang mengatakan bahawa minyak di Malaysia akan habis
dalam jangka masa dua hingga tiga tahun lagi dan hal itu tidak benar. Namun
begitu, hal yang demikian bukanlah jaminan untuk tempoh 20 tahun akan datang,
tetapi yang pasti, tidak lama lagi kami akan menjadi negara pengimport yang
lebih besar berbanding dengan aktiviti mengeksport.
Keduanya,
berkenaan dengan penggunaan gas yang telah meningkat sejak belakangan ini.
Isunya sekarang, kami perlu mencari sumber gas tersebut agar dapat menampung
permintaan dan keadaan pasaran masa kini. Syarikat Gas Thailand bersepakat
dengan Malaysia untuk bekerjasama mencari minyak dan gas yang terdapat di
perairan Malaysia - Thailand. Hasil daripada kerjasama tersebut, akan
menguntungkan kedua-dua pihak kerana sistem pemasangan paip akan dijalankan di
kedua-dua buah negara. Seterusnya, perkembangan ini mampu membantu pertumbuhan
ekonomi dan mengeratkan hubungan dua hala negara masing-masing.
Usaha untuk menerokai bidang baharu dalam
industri tersebut?
Setiap
syarikat sentiasa memikirkan cara untuk mengekalkan keuntungan semasa, selain
merancang pelan strategi bagi jangka masa akan datang. Hal ini tidak terkecuali
dengan Kencana Petroleum. Dari awal kami telah cuba menerokai peluang pasaran
domestik dan antarabangsa kerana di Malaysia terdapat tujuh pemain utama yang
bergiat aktif dalam industri ini. Setakat ini, kami berjaya memperoleh kontrak
di Thailand, India, Australia dan New Zealand.
Kami
sentiasa memasarkan dan melibatkan diri dalam pameran antarabangsa bagi
mempromosikan produksi kepada pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada.
Baru-baru ini, kami menyertai Dubai Exhibition Petroleum untuk memastikan agar
kami berjaya memperoleh projek baharu. Selain itu, kami cuba menumpukan
perhatian pada beberapa perkara khusus untuk menjadi jaguh dalam bidang
tertentu. Hal ini merupakan strategi penting dalam memastikan peluang yang ada
supaya dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya, di samping menggunakan tenaga dan
kepakaran yang sedia ada.
Berkenaan
dengan menerokai bidang baharu pada masa hadapan, kami akan terus memberikan
tumpuan utama pada pengeluaran minyak dan gas. Keperluan dan permintaan bahan
tersebut sangat meluas dan kami akan terus membida projek yang mampu
mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Keadaan ini disokong melalui margin
keuntungan syarikat sejak tiga tahun belakangan ini yang mencatatkan keuntungan
yang terbaik.
kenangan yang SEPANJANG MENJALANKAN
PERNIAGAAN?
Semua
projek yang telah dan akan dilaksanakan menjadi sesuatu yang istimewa kepada
saya khususnya, dan Kencana amnya. Namun demikian, yang paling membanggakan
saya ialah kontrak pertama yang diperoleh Kencana daripada Murphy Oil pada
tahun 2002. Setelah diaudit beberapa kali oleh syarikat terbabit dan Petronas
melalui bahagian teknikal, akhirnya kami berjaya dianugerahkan kontrak membina
pelantar laut yang diidamkan. Walaupun nilai kontrak adalah kecil, sekitar lima
hingga enam juta, projek ini merupakan kontrak permulaan dalam industri
petroleum.
Ketika
itu, syarikat kami masih diiktiraf sebagai peniaga kecil, tetapi tetap diberi
peluang. Antara lain syarikat di Lumut, Perak, yang pernah mengendalikan projek
yang istimewa dan unik seperti Mobile Production Unit dan sekarang sedang
membina pelantar untuk pelanggan di New Zealand, dan pelantar ini akan menjadi
pelantar laut yang tertinggi secara tegak dengan ketinggian yang mencecah 150
meter. Pelantar ini merupakan pelantar yang kedua dibina di dunia dan diiktiraf
sebagai pelantar terbesar di dunia.
Sementara
itu, sesuatu yang seperti mimpi menjadi kenyataan ialah apabila kami berjaya
mengembangkan syarikat daripada Sdn. Bhd. kepada Berhad. Sejak Disember tahun
selepas, Kencana Petroleum berjaya disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia,
saham syarikat melonjak daripada harga IPO ketika itu sekitar 41 sen dibuka
pada 81 sen dan sekarang sekitar RM2.40.
CARA
MEMASTIKAN PERNIAGAAN TERUS BERJAYA DAN MAJU
Kami
menyediakan program latihan kepada pekerja yang baharu dan lama yang berpusat
di Lumut, Perak. Selain itu, bekerjasama dengan Institut Kemahiran Belia Negara
dan Institut Kemahiran Mara untuk memastikan kursus yang diberikan kepada
pelajar sejajar dengan apa-apa yang diperlukan dalam industri. Kami perlu
mengikut standard yang ditetapkan, jika tidak, kami tidak boleh mengambil
mereka bekerja.
Ada juga
langkah lain yang diambil bagi memastikan kepakaran yang sedia ada ditambah
baik dan dikekalkan dengan menghantar pekerja ke luar negara untuk projek di
luar negara. Kebaikannya, mereka akan belajar dan memahami budaya kerja di sana
dan membawa pulang segala apa-apa yang dipelajari.
Melalui
kepakaran baharu dan pengalaman yang diperoleh, mereka dapat memberikan tunjuk
ajar kepada pekerja di Malaysia. Kepakaran luar juga kami gunakan, contohnya
kerjasama dengan syarikat di Thailand. Kami turut membuat pemindahan teknologi,
orang kami dan orang Thailand bekerjasama atas tujuan memudahkan sesuatu perkara
di negara masing-masing.
Di luar
negara, kami mengamalkan konsep terbuka, kami akan mendapatkan tender secara
profesional. Saya ingin menjelaskan di sini, syarikat yang ingin menceburi
industri petroleum perlu mendaftar dan mendapatkan lesen yang dikeluarkan oleh
Petronas terlebih dahulu. Hal ini merupakan syarat yang termaktub dalam akta
yang ditetapkan. Ada juga syarikat yang tidak berdaftar dan mereka hanya
menjadi subkontraktor kepada syarikat berdaftar dan berlesen.
Petronas
hanya mengeluarkan lesen kepada syarikat yang benar-benar memenuhi kriteria
atau standard tertentu sebelum lesen tersebut diluluskan. Apabila lesen
diterima, Petronas akan mengawal dan memastikan syarikat tersebut agar sentiasa
berkebolehan dan bersedia terhadap kontrak-kontrak akan datang. Setiap syarikat
yang mempunyai lesen akan dijemput untuk mendapatkan tender, sama ada berminat
atau tidak, hal itu terpulang kepada syarikat masing-masing.
Kebanyakan
pihak salah faham terhadap kontrak yang dikeluarkan oleh Petronas. Tidak
semestinya kontrak tersebut datang daripada Petronas, mungkin kontrak datang
daripada Shell, misalnya kontrak cari gali atau kontrak minyak. Maksudnya,
Petronas seperti orang tengah dalam urus niaga yang berkaitan dengan industri
tersebut. Petronas merupakan pemegang saham di semua produksi, mereka ditugas
dan dipertanggungjawabkan untuk kendalikan semua kontraktor dalam industri dan
semua kontrak diuruskan oleh Petronas. Petronas hanya menguruskan hal yang
berkaitan dengan tender sahaja, tetapi pelanggan mungkin daripada syarikat
Shell, Esso, dan sebagainya.
RAHSIA
KEJAYAAN PERNIAGAAN
Generasi
muda yang benar-benar ingin berjaya dalam perniagaan seharusnya menggunakan
pengalaman yang ada untuk menjayakan inspirasi dan cita-cita mereka. Seseorang
itu perlu bersabar dan kejayaan tidak datang dengan mudah. Jika gagal, jangan
mudah putus asa, sebaliknya teruskan usaha dan tekun menjalankan kerja. Hal ini
merupakan falsafah yang sinonim dewasa ini.
Seelok-eloknya,
timbalah pengalaman di syarikat lain dahulu dan suatu hari apabila kita
berpeluang dan ada potensi diri untuk berniaga sendiri, maka teruskanlah
cita-cita itu. Namun begitu, seseorang itu perlu menerima hakikat bahawa bukan
semua individu boleh menjadi pengarah urusan dalam syarikat sendiri.
Selain
itu, jangan sesekali berhutang. Kemampuan untuk berbelanja adalah berlandaskan
wang yang ada di tangan. Mungkin tidak menjadi had kepada orang ramai, saya
sendiri berhutang untuk berniaga dan apabila keadaan ekonomi jatuh merudum,
kami terpaksa mengambil langkah yang drastik untuk menyelamatkan diri.
Alhamdulillah, saya bernasib baik dan bangun untuk mencuba dalam bidang yang
lain.
Pengalaman
yang pahit hendaklah dijadikan iktibar pada masa mendatang. Bagi saya, falsafah
yang saya guna sebagai garis panduan untuk berniaga ialah jangan atau kurangkan
pinjaman peribadi atau syarikat. Mungkin pinjaman syarikat perlu untuk
menampung projek yang besar, tetapi perlu disegerakan bayarannya.